TARIKH AKHIR TEMPAHAN KEK RAYA


aSSALAMUaLAIKum wbt,

pENGURUSaN LAmAN kEk LAPIs MENGUCAPKAn SELAMAT mERAiKAN rAMDAHAN DEngan NILAI tAqWA..mOGA AMaL KEBAIKAN dI tErImA...

sUKA DI mAKLUMLAN, PIHAK pENGURUsAN LAmAN kEK lAPIS JUGA TERlIBAT DALAM aKTIvITI kEBAJIKAN mASYARAKAT, SEbAGAI PROmOSI, KAmI INGIN PENGEDAR, DAN pEMbACA DAN PELaWAT YANG di HOrMAtI SEkALiAN UTK bERsAMA-SAMA MENgINFAQKAN REzEKI KE majlis iFTAR pERdANA hidAYaH cENtRE sARAWAk (MIPHCS 2011)...mAJLIS INI BERtUJUAN uNTUK mERAiKAN sAUDARA KITA DAN mENDaPATKaN dANA kEWANGAN BAgI pEMbANGUNAn hidayah cENTRE sARAWAK..MAKLUMat LANJUT DI http://miphcsarawak.blogspot.com

Perkara kedua

Terima kasih kepada semua, ramai yang e-mail dan sms bertanyakan bila tarikh akhir menempah kek lapis sarawak.

Untuk pengetahuan, kami hanya membuka KEK LAPIS VERSION 1.0 sahaja buat masa ini, kerana ia tidak menggunakan GOLDEN CHURN...

Tarikh akhir tempahan adalah 13 OGOS 2011...dan masa penghantaran adalah pada 22 dan 23 OGOS 2011....masa penghantaran juga boleh di awalkan atas permintaan pembeli.

Minta maaf atas kelewatan pengumuman ini , ini kerana kesibukan masa dengan pelbagai aktiviti membuatkan kurang masa untuk update di blog lamankeklapis...

Terima kasih atas sokongan semua...

Jom Bisnes Kek Lapis

Memenuhi Citarasa Anda Sekeluarga...

Bahtiar Mahidin
Pengurus
LAMANKEKLAPIS.BLOGSPOT.COM
merangkap
Pengurus BESTWAY KUCHING TOUR - http://bestwaykuchingtour.blogspot.com


GOLDEN CHURN DI SAHKAN HARAM-UPDATED 4/8/2011

Salam...berita terkini, GOLDEN CHURN BUTTER disahkan HARAM oleh JAKIM.

Maka dengan ini, jenis produk daripada KEK LAPIS VERSION 2.0 di berhentikan serta merta penjualannya sehingga di beritahu kelak.

Walaupun begitu, KEK LAPIS VERSION 1.0 di buka utk tempahan seperti biasa kerana ia tidak menggunakan GOLDEN BUTTER CHURN.

Di bawah di lampirkan keratan akhbar bertarikh 4 August 2011 - Borneo Post.








GOLDEN CHURN DI SAHKAN HALAL

Please refer to JAKIM 03-831 50200 for more details.


Ramai yang bertanya sebelum ini tentang status HALAL BUTTER GOLDEN CHURN, baru-baru ini kami mendapat maklumat pihak JAKIM telah membuat kajian tentang isu ini dan menyelesaikan salah faham yang berlaku.

Walaubagaimanapun untuk pengetahuan semua..Kek Lapis version 1.0 tidak menggunakan butter golden churn, yang mengunakan 100% golden churn adalah kek lapis version 2.0 ( untuk pengetahuan kedai yang menjual kek Lapis Version 2.0 ini mempunyai cert. HALAL JAKIM.

Suka juga kami bertanya dengan pihak berkuasa...siapa yang menentukan dan mengeluarkan sijil HALAL di Malaysia..Jabatan Agama Islam setempat atau JAKIM MALAYSIA?...Kecelaruan ini wajar di perjelaskan..bukan sahaja melibatkan isu golden churn malah banyak lagi isu HALAL HARAM produk makanan di Malaysia. JAKIM wajar agresif dalam menangani isu ini.

Kami prihatin dengan isu sebegini.

TEMPAHAN RAYA DIBUKA SEKARANG !


3 patah perkataan, kenapa anda harus membeli di lamankeklapis.blogspot.com

1. SEDAP

2. SEDAP

&

3. SEDAP

tak PERCAYA?

PENGUMUMAN CUTI SEMENTARA

Assalamualaikum WBT..dan Salam buat semua Rakyat Malaysia..dan Asia...

MAKLUMAN PENTING

Pengurusan LAMAN KEK LAPIS SARAWAK akan bercuti dari 27 hb Mei 2011 sehingga 7 Jun 2011. Di sebabkan ini, pembalasan e-mail akan lewat di balas. Sila bersabar, harap jangan 'send' berulang-kali kerana ia akan memenuhi inbox lamankeklapis@yahoo.com, terima kasih.

Bagi yang hendak menjadi pengedar, anda boleh lihat info di ruangan 'pengedar'. InshALLAH, pengedar/agen Kek Lapis kami akan mendapat komisen hasil usaha anda sendiri. Suka di ingatkan, kita bukannya main skim cepat kaya, perniagaan ini mempunyai produk untuk di jual dengan kadar yang munasabah.

Pengedar juga akan mendapat diskaun hebat jika pembelian melebihi 10-15 kek.

Anda boleh download secara auto untuk Tempahan Raya Excel 2011 di lamankeklapis.blogspot ini.

Jom Bisnes KEK LAPIS SARAWAK...di mana lagi kalau tidak di lamankeklapis.blogspot.com !




TEMPAHAN RAYA 2011 SUDAH DI BUKA !

Assalamualaikum WBT dan Salam buat semua rakyat MALAYSIA, Singapura, Brunei dan seluruh ASIA mahupun antarabangsa...

Tempahan RAYA 2011 telah pun di buka. Tujuan kami membuka tempahan awal bagi mengelakkan tempahan pada 'last minute' yang akan mengganggu kelancaran tempahan secara umumnya.

Sekarang, anda boleh muat turun (DOWNLOAD) BORANG TEMPAHAN EXCEL - TEMPAHAN RAYA 2011. Pengiraan akan di lakukan secara automatik....dan bagi mereka yang menempah awal...kami akan memastikan anda...akan mendapat DISKAUN ISTIMEWA tanpa menjejaskan komisen anda sebagai pengedar/agen.


TEMPAH SEKARANG UNTUK DAPATKAN
DISKAUN HEBAT !

KLIK DI BAWAH UNTUK DOWNLOAD BORANG TEMPAHAN RAYA 2011
- EASY AUTO CALCULATE ORDER FORM -

http://www.box.net/shared/47r86q49h5

Terima kasih...KEK LAPIS YANG TERBAIK dan sudah semestinya sedap, hanya di www.lamankeklapis.blogspot.com



KEK HATI PARI

KEK HATI PARI.......ini adalah Raja Segala Kek...Kek ini adalah kek tradisional, ramai yang memuji keenakan kek tradisional ini. Kini, anda boleh mendapatinya dengan saiz 2.6 x 3 x 9 inch...beratnya lebih kurang 800-850 gram. Anda pasti tidak menyesal apabila membeli kek sesedap ini. Harganya termasuk kos POS LAJU hanyalah RM 38.00 bagi saiz di atas, dan RM75.00 utk setengah loyang manakala satu loyang RM 145.00

KEK LAPIS MARBLE CHEESE

KEK LAPIS MARBLE CHEESE......inilah kek yang ditunggu oleh pengemar kek cheese dari seluruh dunia. Kek ini seperti biasa mempamerkan kelazatannya dengan rasa cheese yang cair di dalam mulut. Beratnya lebih kurang (-+)500 gram bagi saiz 1/3 loyang. Bahan adunannya sama dengan kek pertemuan dan mocha cheese. Harganya cuma RM 43.00 utl 1/3 loyang dan RM 130.00 untuk 1 loyang. Anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk menikmati kek lapis ini!

KEK LAPIS MOCHA CHEESE

KEK LAPIS MOCHA CHEESE...............Kek lapis mocha menepati rasa asli kek yang di adun mocha, dan pastinya sesuai dengan citarasa bagi mereka yang berusia dan dewasa. Rasanya yang enak, dengan teksturnya yang lembut membuatkan kek ini adalah kek yang terbaik dari pengeluar Kek Lapis Sarawak. Saiznya di sediakan dalam dua saiz, 1/3 loyang dan 1 loyang, dan beratnya lebih kurang (-+)500 gram. Tentunya ia dihasilkan dengan adunan butter Golden Churn dan tepung yang berkualiti tinggi. Rugi tak rasa kek ini! Harga 1/3 loyang adalah RM 43.00 dan 1 loyang RM 130.00 sahaja.

Powered by Blogger